Bella Astilla Perlu Tampil Beri Penjelasan

0
64

SEKIRANYA benar laporan polis ditarik semula, tampil untuk beri penjelasan lanjut,” demikian kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan  isteri pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz , Bella Astilla, 23, yang dikatakan telah menarik balik semula laporan polis yang dibuatnya selepas didakwa telah dipukul suaminya itu.

Menurut Noor Rashid, sekiranya hendak menarik semula laporan polis yang dibuat, pengesahan perkara itu perlu dibuat.

“Dia perlu hadir semula untuk beri penjelasan lanjut berhubung perkara itu kerana siasatan sebelum ini harus dilengkapkan.

“Ini kerana untuk kita membuat rujukan semula kepada pihak timbalan pendakwa raya sebelum keputusan selanjutnya diputuskan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, Aliff, 26, yang popular dengan lagu Sayang-Sayang ditahan selepas menerima laporan daripada isterinya yang mendakwa dipukul dalam satu kejadian di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin.

Penyanyi itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis Sabtu lalu.

Difahamkan, artis itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

_Sinar Online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini