Anak Chef Wan Akhirnya Sah Bercerai

0
71
-Foto Halim Salleh

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, sah bercerai talak satu dengan suaminya, di Mahkamah Rendah Daerah Petaling, di sini, hari ini.

Lafaz cerai dibuat suaminya yang juga seorang ahli korporat, Salahuddin Ghaffar @ Gavin Edward O’Luanaigh dibuat di hadapan Hakim Syarie Nurul Hidayah Jani pada jam 10.49 pagi.

Serina, 34, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong.

Terdahulu, Salahuddin, 40, selaku defendan bersetuju menceraikan Serina dan turut menarik semula permohonan nusyuz yang difailkan.

_BH Online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini