Kanak-kanak berusia 7 Tahun Ketagih Lolipop Ketum

0
15

ALOR SETAR: Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun antara yang dikesan terjebak dengan ketagihan air ketum di Kedah.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata ini berpunca dari inovasi ketum itu sendiri yang turut dihasilkan dalam bentuk ‘lolipop’ dan ‘jeli’.

Menurutnya, tidak mustahil ciptaan baharu ini akan mendorong lebih ramai yang akan terjebak dan menyukarkan pihak berkuasa untuk melakukan penguatkuasaan.

Ketika ini air ketum diproses menjadi agar-agar, dibeku dan disimpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.

“Macam 3-in-1 (tiga dalam satu). Bila sampai, bubuh dalam cawan, tuang air panas, minum la.

“Tu la saya kata, inovasi ni macam-macam sebab untuk dia nak memudahkan benda tu disebar. Kalau dalam bentuk tradisi kita kata dalam bentuk cecair atau daun, orang kenal.

“Jadi, dia terpaksa buat satu rekacipta baharu. Dia buat serbuk, dia buat jeli, buat lolipop dan sebagainya untuk memudahkan dia nak akses dalam pasaran,” katanya.

Kubang Pasu menjadi daerah tertinggi di negeri Kedah yang merekodkan penagih air ketum diikuti Padang Terap.

Setakat ini pihaknya mengesan lebih 16 hektar ladang daun ketum di daerah Kubang Pasu.

Sementara lebih 12 hektar ladang daun ketum lain di daerah Padang Terap.

-Sumber: Astro Awani

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini