Amal sikap ‘jangan tunggu’ untuk hulurkan bantuan kata Isham Jalil

0
33

Putrajaya – Para pelajar diseru untuk menyemai sikap ‘jangan tunggu’ bermula dari bangku sekolah lagi sekiranya ingin melibatkan diri dengan aktiviti badan sukarelawan di masa hadapan.

Menurut Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil sikap suka menghulurkan bantuan tanpa disuruh terhadap mereka yang memerlukan itu merupakan antara eleman penting untuk menjadi anggota sukarelawan yang baik.

“Pada saya nombor satu (untuk menjadi seorang sukarelawan) kamu tidak perlu tunggu sehingga sesuatu perkara (musibah) berlaku untuk menjalankan aktiviti sukarelawan, elakkan sikap ‘jangan tunggu’.

“Kalau kamu nampak ada sesuatu yang perlu dibantu, (sewajarnya) kamu terus menghulurkan bantuan kerana itulah yang saya dan rakan-rakan (Sukarelawan Malaysia) lakukan,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang peserta berhubung peranan yang diperlu dimainkan oleh golongan pelajar sekiranya ingin terlibat dengan aktiviti sukarelawan.

Terdahulu Isham yang juga merupakan Pegawai Khas di Pejabat Perdana Menteri menyampaikan ucaptama di Simposium Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh (FRSIS 2017) yang diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah, di sini pada Sabtu.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini