Bot hilang ditemui, kru dan pemancing selamat

0
35

Kuching – Bot memancing ‘Sea Wonder’, berpangkalan di Kampung Geobilt di sini yang membawa 3 kru dan 12 pemancing, yang dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi, ditemui pagi ini dengan kesemua mereka selamat.

Dipetik BH Online, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, bot berkenaan ditemui 10.50 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, bot berkenaan ditemui pada kedudukan 40 batu nautika utara Tanjung Sirik.

Bot berkenaan mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dari kedudukan terakhirnya pada kedudukan 82 batu nautika timur laut Tanjung Po, kata Ismaili.

Laporan Bernama awal hari ini menyebut bot berpangkalan di Kampung Geobilt, Kuching yang membawa 3 kru dan 12 pemancing dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi.

Pemilik mengesyaki bot berkenaan mengalami kerosakan dan kali terakhir Lim menghubungi bot itu ialah pada 4 petang semalam semasa ia berada pada kedudukan kira-kira 82 batu nautika timur laut Tanjung Po.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini