Anggota polis lemas ketika memancing

0
793

Kuala Lumpur – Mayat seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai lemas ketika bot yang dinaiki mangsa bersama sembilan rakan lain dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih terbalik petang semalam, ditemukan pagi tadi.

Mangsa, Amer Nur Rashid Abdul Rashid, 28, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih kira-kira pukul 11.26 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, operasi mencari mangsa bermula sejak semalam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.48 malam semalam.

“Jenazah mangsa ditemukan di dasar tasik pada kedalaman tujuh meter oleh pasukan penyelam bomba.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini. – Utusan Online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini