Ali ugut dedahkan ‘rahsia’ Sultan Johor

0
13264

Kuala Lumpur – Blogger politik, Ali Abdul Jalil sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan membuat ugutan untuk ‘mendedahkan rahsia’ yang dikatakan melibatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ali yang pernah ditahan dibawah Akta Hasutan berkata demikian melalui status yang dimuatnaik di laman Facebooknya pada Rabu.

“Peringatan kepada Sultan Johor… akan release sesuatu yang menggemparkan Malaysia. Kami (akan) mulakan perlancaran (pendedahan tersebut) di Erpah (dan) bila didedahkan disini maka ia akan merebak ke Asia (dan) seterusnya Malaysia.

“Jangan salahkan aku sebab berkarya, ini tugasan antarabangsa, Polis Diraja Malaysia siap sedia, lu akan terkenal seantero dunia kalau tak siap tahun ni, tahun depan kami akan release,” katanya memetik kenyataan di status berkenaan.

Selain mengeluarkan kenyataan yang kesat terhadap Sultan Johor, dia turut mencabar agar tindakan undang-undang diambil ke atas dirinya.

Dia bagaimanapun tidak memaklumkan sebarang maklumat lanjut berhubung pendedahan tersebut.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan MassaTV di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial menggesa agar pihak berkuasa bertindak tegas dan segera mengheret Ali ke muka pengadilan.

Malah ada yang mendakwa kenyataan Ali itu hanya bertujuan untuk mencari publisiti murahan bagi menarik perhatian masyarakat yang telah mula melupakan dirinya.

Ali sebelum ini pernah ditahan, dibebaskan dan kemudian ditahan semula pada September 2014, kerana mempersendakan kesultanan Johor dan menggesa sistem beraja di negeri itu dimansuhkan.

Dia yang berdepan dengan tiga dakwaan kerana menghina kesultanan Johor dan Selangor itu, kemudianya bertindak melarikan diri ke Sweden.

Susulan tindakan tersebut, kerajaan Malaysia melalui Jabatan Imigresen bertindak membatalkan pasport Ali.

Saudara kembarnya Ahmad Abd Jalil sebelum ini turut didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu selepas didapati bersalah kerana menghina Sultan Johor di Facebook pada 2012.

Selain Ali dan Ahmad, kakaknya Asiah Abd Jalil sebelum ini turut menerima kecaman masyarakat kerana sering mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap Islam dan masyarakat Muslim.  – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini