Peluru berpandu dipintas berhampiran Makkah

0
3229

Riyadh – Tentera gabungan yang diketuai Arab Saudi mengumumkan kejayaan menangkis peluru berpandu balistik yang ditembak pemberontak Yaman, lewat semalam, di kawasan berhampiran Makkah, kira-kira sebulan menjelang musim haji.

“Senjata itu berjaya dipintas pada jarak kira-kira 69 kilometer di selatan Makkah yang terletak di barat Arab Saudi,” menurut gabungan tentera itu dalam satu kenyataan.

Pihak tentera turut menyifatkan ia adalah satu cubaan terdesak oleh pemberontak Houthi bagi menjejaskan musim haji yang bakal bermula awal bulan depan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini