Enam maut nahas selepas hantar bakal haji di Narathiwat

0
37

Enam maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok di daerah Narathiwat petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut jurucakap polis di Narathiwat, dua lelaki dan empat perempuan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak, cedera dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 5.30 petang itu.

“Kemalangan berkemungkinan berpunca daripada pemandu yang keletihan dan memgantuk sehingga menyebabkan kenderaan pikap terbabit melanggar tiang elektrik,” katanya kepada pemberita di Narathiwat.

Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Hatyai selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan haji.

Jenazah enam yang maut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bachok, katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini