Suspek liwat pelajar ditemui mati tergantung

0
992

Seorang suspek kes cabul dan liwat tiga pelajar sebuah sekolah di Ipoh ditemui mati dipercayai menggantung dirinya di dalam sebuah bilik hotel di bandaraya itu, kelmarin.

Lelaki berusia 52 tahun itu disyaki bertindak demikian selepas tiga pelajar sekolah berusia 14 dan 15 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat dan dicabul lelaki berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, polis menerima maklumat daripada hotel berkenaan kira-kira jam 5.40 petang kelmarin yang menemui mayat lelaki itu dalam keadaan tergantung.

Pada Isnin lalu, polis menerima laporan daripada dua pelajar sekolah mendakwa suspek yang juga jurulatih fisioterapi sekolah mereka bertindak meliwat dan mencabul mereka.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku antara Mei 2016 hingga Mac lalu di rumah lelaki berkenaan dan bilik hotel.

“Lelaki berkenaan dipercayai akan memberi pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan dan mangsa kemudiannya akan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum diliwat serta dihisap kemaluan,” katanya.

Tian Kee berkata, lelaki berkenaan juga didakwa akan membawa mangsa untuk membeli telefon bimbit, baju, seluar dan kasut bagi menutup perbuatannya itu.

Katanya, polis sedang melakukan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini