Gaduh pergi Palestin, Siti Nurhaliza minta maaf pada Pemuda Umno

0
8348

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Setelah dikritik hebat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya tampil menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Menurut Siti kenyataan beliau itu tidak ditujukan kepada sesiapa kerana ia diberikan tanpa menulis sebarang nama apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan.

“Saudara Armand terasakah? Saya tidak sebut nama pun,” katanya ringkas dalam balasan catatan Instagram terbaharu Armand.

Dalam pada itu, Siti turut meminta maaf seandainya ada pihak yang terasa di atas komennya pada sebuah gambar di Instagram Yassin Sulaiman.

MassaTV pada Rabu melaporkan komen Siti yang mencadangkan mereka yang gemar bergaduh, untuk dihantar bagi membantu umat Islam yang sedang berdepan dengan kekejaman tentera Israel.

Siti melalui akaun Instagramnya berkata “Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestine baguih,” katanya ringkas ketika memberikan komen berhubung status yang dimuatnaik oleh penyanyi Yassin Sulaiman.

Ekoran komen tersebut Armand mengeluarkan kenyataan balas sambil meminta Siti untuk bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.

Menurutnya Siti perlu tahu, Pemuda Umno sudah beberapa kali pergi ke Palestin untuk menghulurkan bantuan dan sememangnya berani untuk melakukan misi seumpama itu.Palestin, bukannya sekadar mengikuti ejen pelancongan ke Tebing Barat, Palestin.

Terdahulu Yassin yang juga merupakan penyanyi dan komposer lagu memuatnaik laporan berita berhubung kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda Umno Malaysia.

Insiden tersebut tercetus ekoran tindakan sekumpulan anggota Armada yang didakwa cuba melakukan provokasi dengan membawa ‘placard’ yang berbaur hinaan ketika menghantar jemputan debat kepada Datuk Seri Najib Razak.

Mereka dikatakan berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum dihalang oleh Pemuda Umno sehingga berlaku tolak menolak dan pergaduhan mulut antara mereka.

Menurut Pemuda Umno, salah seorang anggota Armada melalui akaun Facebooknya sebelum ini turut mengancam mahu menampar pipi Exco Pemuda, Armand.

Pihak polis yang berada di tempat kejadian bagaimanapun berjaya mengawal keadaan sambil mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini