Aaron Aziz tampil aksi sulung di Kollywood

0
314

Selepas penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi aktor Melayu Aaron Aziz kini menampilkan aksi sulungnya dalam sebuah lagi filem Tamil Kollywood.

Aaron, pelakon kelahiran Singapura, dikatakan telah menjalani penggambaran filem berjudul ‘Tik Tik Tik’ bersama aktor terkenal India Jayam Ravi sejak Mac.

“Vanakam… Saya dan Super Star Tamil Jayam Ravi pada hari pertama penggambaran bersama. Nandri,” catatan beliau di Instagramnya berserta beberapa gambar diambil sewaktu penggambaran di Chennai, India.

Tik Tik Tik, menandakan bunyi sebuah jam, disebut sebagai filem jelajah angkasa pertama India dan diarah oleh Shakti Soundar Rajan.

Menurut pengarah itu, selain Ravi dan Aaron, Tik Tik Tik juga dibintangi Nivetha Pethuraj dan Ramesh Thilak dalam watak utama dan iklannya dijangka ditayangkan pada Ogos.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini