Yang kutuk pun suka, nyanyi lagu saya kata Datuk Vida

0
38

Kuala Lumpur – Baru seminggu dimuat naik di YouTube, klip video I Am Me nyanyian jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman ditonton lebih 2.3 juta pelayar seluruh dunia.

Lagu sulungnya didengar di 177 negara, paling tinggi di Amerika Syarikat, Palestin, Brunei, Indonesia, Singapura, Mesir, Jordan, Arab Saudi dan Iraq, lapor Harian Metro.

“Saya sebenarnya terkejut dengan penerimaan lagu ini yang kini menjadi viral,” kata Hasmiza, atau lebih dikenali sebagai Vida seperti dilapor akhbar tersebut.

“Saya memang serius mahu menjadi seorang penghibur dan sambutan diterima ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus mewarnai dunia hiburan tanah air.”

Mengulas tentang kritikan negatif, Vida tidak kisah dan tidak menganggap ia sebagai halangan untuk dirinya meneruskan minat dalam bidang nyanyian.

“Saya percaya yang mengutuk itu sebenarnya sukakan lagu ini.

“Entah-entah dalam diam sana-sama menyanyi lagu I Am Me,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini