Selepas dirogol, badan disimbah Clorox ‘untuk hilang bukti’

0
49

Kajang – Tujuh termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes rogol dua guru taska dan menyimbah cecair peluntur pada badan mangsa dua minggu lalu.

Operasi polis antara jam 5 petang semalam hingga subuh pagi tadi berjaya menahan suspek, antara 27 hingga 45 tahun, di sekitar Ampang, lapor Kosmo!.

“Polis menahan semua individu tersebut bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol dua guru wanita taska tersebut pada 14 Julai lalu,” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di sini.

SAC Fadzil Ahmat juga berkata dua perogol memecah masuk taska jam 4 pagi dan kemudian menyimbah mangsa dengan Clorox, dipercayai bagi menghilangkan bukti.

Polis menemui telefon bimbit yang dicuri dari taska tersebut, di Pandan Indah, tetapi belum mengesan televisyen yang turut diambil suspek, lapor Harian Metro.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” kata Fadzil.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini