Rakyat Malaysia tak perlu bayar cukai pelancongan kata Nazri

0
32

Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia dikecualikan membayar cukai pelancongan bagi semua jenis hotel dan premis penginapan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, sebaliknya cukai berkenaan akan dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 bagi setiap bilik 1 malam.

Nazri berkata, langkah itu adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap suara rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain merancakkan lagi pelancongan domestik.

Beliau menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai status terkini pelaksanaan cukai pelancongan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Nazri berkata, hanya pelancong domestik yang tinggal di penginapan 4 bintang dan ke atas akan dikenakan cukai pelancongan, manakala tiada bayaran cukai pelancongan terhadap penginapan 3 bintang ke bawah.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini