Menang pingat emas, Perak hadiah RM25,000 kepada Jun Hoong

0
16

Ipoh – Perak akan memberi insentif RM25,000 kepada penerjun negara Cheong Jun Hoong atas kejayaannya meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia (FINA).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemberian insentif itu sebagai menghargai kejayaan Jun Hoong yang telah mengharumkan nama negara dalam kejohanan dunia itu di Budapest, Hungary pada 19 Julai lepas.

“Sebelum ini, kerajaan negeri telah memberi ganjaran kepada Jun Hoong iaitu sebuah rumah, atas kejayaannya pada Sukan Olimpik Rio yang lalu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Jun Hoong memenangi pingat emas selepas mengumpul 397.50 mata dengan menumpaskan penerjun dari China, Si Yajie yang meraih perak dengan kutipan 396.00 mata, manakala juara Olimpik, Ren Qian pula membawa pulang gangsa (391.95 mata).

Pada temasya Olimpik Rio 2016, Jun Hoong memenangi pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam acara 10m platform seirama wanita.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini