Kerajaan akan promosikan ‘detik-detik perpaduan’ kata PM

0
15

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak hari ini mahu memasarkan detik-detik perpaduan di negara ini, seperti sokongan kepada ikon sukan tanpa memilih warna kulit dan tolong-menolong.

“Bila Datuk Lee Chong Wei hampir menang pingat emas di Rio, kita dapat lihat semua rakyat Malaysia begitu memberi sokongan,” kata perdana menteri semasa berucap pada majlis pecah tanah Rumah Perlindungan Warga Emas Ti-Ratana di sini hari ini.

Najib berkata, membantu golongan yang memerlukan pertolongan adalah juga detik perpaduan.

“Kerana kita membantu sesiapa yang memerlukan bantuan, kita dapat ganjaran. Orang Islam dapat pahala, menolong sesiapa sahaja tak kira Islam atau bukan Islam.

“Asalkan mereka memerlukan pertolongan, kita mendapat ganjaran. Dan inilah saya mahu mempromosikan nilai-nilai sistem ini dan orang ramai bersama-sama menolong mereka yang memerlukan,” katanya.

Pembinaan rumah perlindungan 5 tingkat dianggar bernilai RM12 juta berkenaan terletak di Desa Petaling dan dijangka dapat menempatkan kira-kira 180 warga emas.

Hasil sumbangan dari pelbagai pihak, kira-kira RM4 juta diperoleh bagi menampung kos pembinaan rumah merangkumi luas kawasan 1,533 meter persegi sejak kempennya dilancarkan oleh Najib pada 2012.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini