Hantar mereka yang kuat bergaduh pergi Palestin kata Siti Nurhaliza

1
1203

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mencadangkan mereka yang gemar bergaduh, dihantar bagi membantu umat Islam yang sedang berdepan dengan kekejaman tentera Israel.

Siti melalui akaun Instagramnya berkata “Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestine baguih,” katanya ringkas ketika memberikan komen berhubung status yang dimuatnaik oleh penyanyi Yassin Sulaiman.

Terdahulu Yassin yang juga merupakan penyanyi dan komposer lagu memuatnaik laporan berita berhubung kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda Umno Malaysia.

Insiden tersebut tercetus ekoran tindakan sekumpulan anggota Armada yang didakwa cuba melakukan provokasi dengan membawa ‘placard’ yang berbaur hinaan ketika menghantar jemputan debat kepada Datuk Seri Najib Razak.

Mereka dikatakan berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum dihalang oleh Pemuda Umno sehingga berlaku tolak menolak dan pergaduhan mulut antara mereka.

Menurut Pemuda Umno, salah seorang anggota Armada melalui akaun Facebooknya sebelum ini turut mengancam mahu menampar pipi Exco Pemuda, Armand Azha.

Pihak polis yang berada di tempat kejadian bagaimanapun berjaya mengawal keadaan sambil mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai. – MassaTV

1 komen

  1. Setuju sgt2 dgn cadangan menghantar org2 yg suka bergaduh ni ke Palestine. Kurang2 pn dpt jg mmbantu org2 Palestine yg d tindas tu. Lbh bagus lg kita dpt tgk Skill berPERANG kumpulan2 ni dgn tentera2 Israel.. Kita pasti kumpulan2 yg bergaduh ni TAK TAKUT nak berPerang d Israel sbb dr awl lg dh kita nampak skill berPerang diaorg ni.. So selamat berJuang wahai kumpulan yg akn berJuang d Palestine nty.. Terbaik

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini