Haliza nafi berpeluk, cium pelakon muda

0
91

Kuala Lumpur – Haliza Misbun menyifatkan dakwaan beliau bercium dan berpeluk dengan pelakon muda dalam satu babak drama sebagai “merapu”.

Pelakon terkenal itu berkata beliau pernah berdepan kontroversi dalam drama bersiri “Cinderella”, yang popular pada 1998, lapor Berita Harian.

“Jadi, selepas 20 tahun, anda rasa saya perlu berdepan dengan perkara merapu seperti ini?” kata Haliza kepada portal itu.

Jelasnya, babak “Semusim Rindu” yang sedang ditayangkan di saluran Astro pelukan seorang ibu dan anaknya, yang dibawa Ben Amir.

Sementara pelakon baru itu pula menyifatkan video di YouTube itu sengaja membesar-besarkan isu, “mungkin untuk menambah jumlah tontonan.”

“Video itu menunjukkan kami sedang berlakon dan saya rasa ada orang sengaja nak besarkan isu yang kecil,” kata Ben Amir, 27.

“Biasalah, mungkin mahu menarik perhatian umum dengan menambah jumlah tontonan dan ‘like’. Apatah lagi ‘Semusim Rindu’ sedang disiarkan.”

Sementara Haliza pula menganggap “terlalu klise dan memualkan” jika video itu mahu dijadikan strategi promosi, lapor BH Online lagi.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini