Guna alasan tiada bekalan elektrik untuk rogol cucu saudara

0
46

Sungai Petani – Seorang lelaki berpura-pura bekalan elektrik terputus untuk masuk ke bilik cucu saudara sebelum merogolnya.

Kejadian berlaku Disember lalu ketika suspek, 54, dan mangsa, 14, berada di rumah mereka di sini, lapor Harian Metro.

Timbalan ketua polis daerah Kuala Muda berkata mangsa yang dalam jagaan suspek sejak berusia sembilan tahun, tidak menceritakan kejadian itu kerana malu.

“Bagaimanapun perkara itu tetap diketahui keluarga angkat mangsa, sehingga membawa kepada penahanan suspek semalam,” kata Supt Saifi Abd Hamid.

Katanya, tangkapan dibuat selepas ibu mangsa dapat tahu kejadian itu melalui anak saudaranya pada malam 15 Julai lalu.

Beliau berkata mangsa kini hamil enam bulan akibat perbuatan lelaki yang dianggap sebagai bapa angkatnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

Suspek direman sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini