Amar Asyraf dakwa tersalah masuk kelab gay

0
47

Kuala Lumpur – Demi mendalami watak, pelakon Amar Asyraf sanggup mengunjungi pusat hiburan dan kelab malam sekitar ibu kota bagi mengkaji cara untuk bersosial.

Namun kunjungannya ke sebuah kelab gay tanpa sedar menyebabkannya resah apabila dikelilingi ramai lelaki.

“Apabila lihat semua yang ada hanya lelaki menyebabkan saya resah. Selepas itu baru saya sedar itu adalah kelab gay,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Amar, 31, yang sedang menjalani penggambaran filem pertamanya Blok 404 memegang watak seorang lelaki yang gemar bersosial.

“Ini adalah pertama kali saya membawakan watak hitam sebegini.

“Memang sudah lama saya nantikan watak seperti ini dan bagi mendapatkan ‘feel’ saya cuba buat kajian dan lakukan yang terbaik supaya berjaya,” katanya.

Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu berharap peminat dapat menerima cara lakonannya terutama melibatkan babak ranjang bersama Nadia Brian.

Filem adaptasi daripada video cakera padat (VCD) arahan Azma Aizal Yusoof turut dibintangi Zamarul Hisyam, Boy Iman, Fasha Sandha, dan Syamsul Yusof dijangka ditayangkan di pawagam hujung tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini