Ugut rogol: Siti Kassim kena ‘troll’ di media sosial

0
4736

Kuala Lumpur – Laporan polis yang dilakukan oleh aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim berhubung tuduhan kononnya ada individu yang ingin merogolnya telah dijadikan bahan lawak jenaka oleh para pengguna media sosial.

Tinjauan yang dilakukan MassaTV mendapati, rata-rata pengguna Facebook mendakwa laporan polis tersebut hanya bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan bagi menarik simpati masyarakat.

“Ni memang lawak, sampai sakit perut aku gelak bila baca kenyataan Siti Kassim kononnya ada orang nak rogol dia, nampak sangat minah ni dah ‘desperate’ nak cari publisiti murahan. Persoalannya betulkah ada lelaki waras yang sanggup dan tergamak nak rogol Siti Kassim ni?” soal Abdul Aziq Jailani

“Mungkin lelaki yang rogol dia tu kurang waras, sebab hanya orang gila sahaja yang boleh bernafsu tengok dia dengan rambut bersepah macam tu,” bidas Zainul Ariffin.

“Ada yang kata minah ni tak kahwin lagi, jadi mungkin sebab itu dia sengaja kata ada orang nak rogol dia dengan harapan dapat merasai nikmat sebenar menjadi seorang isteri,” kata Azalina Ahmad pula.

Tidak cukup dengan itu ada yang menyifatkan lelaki tersebut sebagai buta dan cacat otak kerana tergamak untuk merogol ‘seekor tenuk bunting’.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim semalam membuat satu laporan polis berhubung kenyataan seorang lelaki yang didakwa mengajak orang lain untuk memancung kepalanya selain ugutan rogol dan simbah asid ke muka.

Sementara itu Siti Kasim melalui laman Facebooknya berkata mengharapkan agar pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab mereka bagi meyiasat kes tersebut.

“Biar pihak polis jalankan tanggungjawab mereka. Rogol dan bunuh bukan satu perkara mainan,” ujarnya ringkas berhubung sindiran yang dilemparkan kepadanya itu.

Ancaman pada 3 Julai dan 19 Julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang didakwanya disalah petik sebuah laman web.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan laman web tersebut atas alasan tidak mahu mengganggu siasatan polis. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini