‘Ronaldinho Kelate’ bertudung, timbang tawaran jadi model

0
802

Pemain sensasi pasukan wanita bola sepak Kelantan sedia menimbang tawaran sebagai model walau kini menolaknya.

Nur Syahindah Mohd Kamal, 20, yang bermain bersama Sri Sador Glow Glowing FC, pernah ditawar model tudung tetapi enggan menerimanya.

Penuntut tahun akhir di Kolej Poly Tech Mara Kota Baru buat masa ini ingin memberi tumpuan pada pengajian dan juga sukan tersebut.

“Sebelum gambar saya jadi viral lagi saya memang ada dapat tawaran untuk jadi model tudung. Selepas itu, ada yang offer saya jadi duta produk barangan sukan,” katanya.

Foto gadis manis bertudung yang sedang menggelecek bola ketika sesi latihan mendapat perhatian di internet dan media sejak awal tahun ini.

“Ramai yang kecewa kerana saya tolak tawaran itu,” katanya kepada portal itu. “Insya Allah saya akan pertimbangkan [tawaran model] di kemudian hari.”

Nur Syahindah juga mahu membuktikan beliau, sebagai pemain pertahanan kiri, boleh pergi lebih jauh dalam sukan tersebut.

“Saya juga ingin dikenali bukan kerana paras rupa tetapi kualiti permainan saya di atas padang,” katanya.

Gadis kacukan Cina Thailand itu “berharap dapat terpilih sebagai pemain Malaysia” walau ada suara-suara merendah-rendahkan kebolehannya.

“Sebab sesetengah orang sahaja yang selalu merendahkan saya; ada yang kata perempuan lebih baik pergi masak di dapur.”

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini