Paling banyak kes buang bayi di Selangor kata menteri

0
17

Kuala Lumpur – Seramai 697 bayi dibuang di Malaysia dalam tempoh 6 tahun sehingga Disember 2016, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Rohani Abdul Karim dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, terdapat 91 kes pada 2010, diikuti 98 (2011), 89 (2012), 90 (2013), 103 (2014), 111 (2015) dan 115 pada tahun lalu.

Pecahan mengikut negeri pula menunjukkan Selangor menduduki tangga teratas dengan 157 kes dalam tempoh tersebut.

“Ini diikuti Sabah dan Johor, masing-masing dengan 84 kes, Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49),” kata Siti Rohani.

Beliau berkata terdapat 8 hospital dan NGO dikenali sebagai Orphan Care menyediakan kemudahan “baby hatch” untuk menyelamatkan bayi yang dibuang.

Siti Rohani membentangkan angka tersebut bagi menjawab soalan dari Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang mengutarakan masalah kewarganegaraan bayi yang dibuang.

“Bagi bayi yang ditinggalkan di ‘baby hatch’, kami cuba mendaftarkan kelahirannya dan memohon kewarganegaraan. Bayi ini tidak mempunyai dokumen tetapi kami cuba mengesan ibu bapa mereka.

“Kami juga membawa ini ke mahkamah tetapi biasanya tidak ada yang menuntut bayi tersebut.

“Bayi yang dibuang yang diambil oleh keluarga angkat juga melalui proses yang sama. Kewarganegaraan boleh diberi di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan bagi kewarganegaraan di bawah keadaan tertentu,” kata Siti Rohani.

Beliau juga meminta agar bayi luar nikah didaftarkan dengan sewajarnya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini