Farahdhiya geram dapat foto lucah remaja lelaki 16 tahun

0
457

Kuala Lumpur – Penyanyi jelita Farahdhiya Mohamed Amin “geram dan sakit hati” menerima foto lucah lelaki remaja 16 tahun di akaun Instagramnya.

“Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya.

“Tidak ada rasa hormat langsung!” kata artis yang popular dengan lagu “Bertakhta di Hati” seperti dilapor mStar Online hari ini.

“Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tidak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka.

“Apa tidak ada perasaan malu ke?”

Susulan itu Faradhiya, 33, menyekat gangguan seks peminat-peminat remaja tersebut walau tidak bercadang tidak membuat laporan polis.

Agak trauma dengan isu cabul, pelakon siri TV Spa Q itu berkata beliau tidak akan menaiki perkhidmatan GrabCar Atau Uber atas sebab keselamatan.

“Saya lebih selesa untuk memandu sendiri,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini