Durian duri hitam di Penang dijual RM120 sekilo (Video)

0
856

Kuala Lumpur – Sebelum ini, kita sering mendengar nama-nama durian premium seperti Udang Merah, XO, Green Bamboo, Golden Phoenix dan pelbagai lagi jenis durian kategori “D” serta yang popular, Musang King atau D197.

Namun begitu, tular sejak akhir-akhir ini di seluruh negara dan peringkat antarabangsa mengenai sejenis durian yang diberi nama Duri Hitam yang dikatakan mempunyai rasa yang lebih enak berbanding Musang King.

Melalui satu klip video yang dikirimkan ke MassaTV, seorang peniaga mendakwa harga durian tersebut menjadi mahal kerana pernah memenangi anugerah sebanyak dua kali.

“Ada yang jual seratus dua puluh ada yang jual seratus empat puluh sekilo kerana ini durian duri hitam (sekarang) nombor satu di Penang, sudah menang dua kali.

“Ini musang king sekarang (harga) RM98 sekilo, kalau buha besar harga untuk sebiji (bleh mencecah) sebanyak RM200,” katanya melalui klip video tersebut

Meskipun mula diperkenal pada tahun lalu, Duri Hitam hanya tular pada musim ini dan mendapat permintaan yang sangat tinggi khususnya dari “hantu durian” dari dalam dan luar negara.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan, rata-rata penguna menyifatkan harga yang ditawarkan itu sangat melampau dan ‘cekik darah’.

“Macam tak masuk akal pula, harga durian sekarang ni makin lama makin melampau sebab dah lebih mahal dari emas, daripada berhabis duit dekat durian tu baik simpan untuk anak sekolah,” ujar Masrini Latif.

“Dulu orang jual durian ikut longgok, cuma sekarang ni ni je penaga mula ambil kesempatan dengan bagi harag ikut kilo, pada aku baik beli benda lain dari berhabis duit semata-mata untuk sebiji durian,” tegas Ahmad Zubaidi.

“Kalau semua pengguna kat Malaysia ni sepakat boikot tak payah beli durian, lama-lama peniaga cekik darah macam ni terpaksa turunkan harga, pada saya semua bergantung pada kebijaksanaan pengguna,” kata Zainal Miskon pula. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini