Zizie hamil empat bulan, Bung teruja dapat anak kembar

0
140

Kota Kinabalu – Selepas lapan tahun berkahwin, Datuk Bung Moktar Radin dan Zizie Izette bakal dikurnia sepasang anak kembar.

Pelakon itu, 38, kini dilapor hamil empat bulan dan dijangka bersalin antara Disember atau Januari depan, lapor Kosmo!.

“Tiada yang mustahil (tua atau muda) untuk memiliki anak. Yang penting kita berusaha, tawakal dan berdoa, Allah pasti akan perkenankan sama ada cepat atau lambat,” kata ahli parlimen Kinabatangan itu.

Bung yang mengahwini Zizie pada Disember 2009 juga menyifatkan kehamilan itu berkat mereka membela seorang anak angkat.

Ketua Umno bahagian Kinabatangan berusia 57 tahun itu ada empat anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama Datin Nor Asidah Alimuddin.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini