Teruja, Yuna hiasi sisipan majalah Vogue Arabia

0
24

Kuala Lumpur – Penyanyi Yuna menghiasi muka depan sisipan majalah fesyen terkenal Vogue Arabia edisi Julai/Ogos ini.

Penyanyi Dan Sebenarnya yang mengenakan pakaian rona kelabu ciptaan pereka tempatan Hatta Dolmat, berasa teruja.

“Saya terlampau teruja. Foto saya dimuatkan dalam terbitan Julai/Ogos majalah Vogue Arabia yang menampilkan Jourdan Dunn sebagai penghias kulit depan manakala saya di bahagian dalam,” katanya.

Yuna menjadi perhatian apabila menemui legenda muzik, Quincy Jones yang pernah menjadi penerbit album mendiang Micheal Jackson di Los Angeles, baru-baru ini.

Beliau juga artis pertama Malaysia memasuki senarai awal pencalonan Anugerah Oscar 2017 kategori lagu asli terbaik bagi dokumentari 100 Years: One Woman’s Fight for Justice.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini