Siti Kassim lapor polis selepas diugut rogol, pancung kepala

0
1663

Kuala Lumpur – Aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang dikatakan mengajak orang lain memancung kepalanya.

Lebih dikenali Siti Kasim, beliau berkata ugutan lain ialah pancung kepala, rogol dan simbah asid ke muka, lapor New Straits Times.

Katanya, ugutan dalam media sosial itu dianggap serius kerana ada pengguna akaun yang menyahut cabaran, malah bertukar nombor WhatsApp untuk berbincang.

“Ada netizen menjawab dan menyahut cabaran, mereka bertukar nombor Whatsapp, orang lain pula menyebut supaya tidak berbincang hal itu di media sosial kerana ia boleh dibaca orang lain,” katanya.

Ancaman pada 3 Julai dan 19 Julai lalu berikutan pendiriannya berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang didakwanya disalah petik sebuah laman web.

Siti Kasim tidak mendedahkan laman web tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini