‘Puteri Gunung Ledang’ berkain batik ke Frankfurt

0
30

Kuala Lumpur – Buku cerita bergambar Puteri Gunung Ledang berkain batik tercalon sebagai buku tercantik di Pesta Buku Frankfurt, Oktober ini.

Pelukis ilustrasi Emila Yusof menampilkan kebudayaan tanah air dan memperkasa peranan wanita melalui ilustrasi buku itu, lapor Berita Harian.

“Dalam Puteri Gunung Ledang misalnya, saya ketengahkan kulit buku yang menampilkan watak utamanya dalam kain batik bagi memperkenalkan khazanah warisan termasuk kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.

Satu lagi kulit buku ilustrasi Emila, Legendary Princesses of Malaysia 2017 turut tersenarai.

Beliau pertama kali menyertai pesta yang mengiktiraf reka bentuk buku tercantik anjuran bersama Book Art Foundation.

Kedua-dua buku itu diterbitkan Oyez! Book Store.

Senarai pendek pemenang akan diumumkan 25 September ini manakala pemenang akhir diumumkan pada 14 Oktober ini.

Tiga buku lain yang turut disenarai ialah Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu; Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua dan The Eternal Storm — Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini