Penjaga kolam mengaku salah, liwat dua anak tiri

0
47

Johor Bahru – Seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas dua anak tiri lelakinya yang berusia 11 dan tujuh tahun.

Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Khalid Ab Karim.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan itu antara April 2016 hingga 12 Julai tahun ini di empat lokasi berbeza di sekitar Mersing.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Mahkamah juga tidak membenarkan ikat jamin memandangkan tertuduh masih mempunyai hubungan dengan isteri yang juga ibu kepada dua mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini