Mayat bayi berusia 6 hari, ditemui dalam perigi

0
299

Jasin – Seorang bayi lelaki berusia enam hari yang dilapor hilang sejak kelmarin, ditemui mati dalam sebuah perigi.

Mayat itu dikeluarkan dari perigi sedalam enam meter di belakang rumah keluarganya jam 6.30 petang semalam, lapor Utusan Online.

Ketua polis daerah Jasin berkata penemuan itu hasil maklumat jiran keluarga mangsa sebelum anggota forensik polis dan Bomba dan Penyelamat balai Jasin Bistari mengeluarkan mayat itu di Kampung On Lok, Batang Melaka.

DSP Arshad Abu berkata, bayi itu hilang di rumah keluarganya sebelum laporan dibuat bapa mangsa di balai polis Batang Melaka jam 7.45 malam kelmarin.

“Pada awalnya, kita (pihak polis) mengklasifikasikan kes ini sebagai orang hilang, namun terdapat keraguan tentang kesahihan dan cara bayi itu hilang. Sehubungan itu, siasatan lanjut telah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata mayat yang tidak cedera dan berbalut lampin itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Justeru, Arshad berkata enam orang termasuk ibu bapa mangsa berusia antara 20-an dan 30-an ditahan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini