Manchester United tundukkan Real Madrid

0
22

Manchester United berjaya menewaskan Real Madrid dalam perlawanan pra-musim melalui penentuan penalti selepas permainan terikat 1-1 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa awal pagi ini.

Sebelum itu, United terlebih dahulu di depan apabila Anthony Martial berjaya melepaskan diri daripada kawalan empat pertahanan Real sebelum Jesse Lingard mudah menolak masuk bola hantarannya.

Bagaimanapun, harapan penyokong untuk melihat United menang mudah tidak kesampaian apabila Victor Lindelof menjatuhkan Theo Hernandez dan membolehkan Casemiro menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Permainan yang tamat dengan kedudukan -1-1 memaksa penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti.

Meskipun kedua-dua pasukan dibarisi pemain bertaraf bintang, namun nasib ketika sepakan penalti tidak begitu baik apabila Martial gagal menyempurnakan sepakan pertama buat United.

Malang sama bertukar kepada Real, sebelum United berjaya menamatkan keseluruhan permainan dengan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Jose Mourinho.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini