Kerana tegur bising, ibu dalam pantang ditendang remaja

0
394

Petaling Jaya – Seorang wanita dalam pantang mengalami pendarahan apabila diserang 10 remaja, seorang daripadanya menendang perutnya.

Remaja wanita itu menendang Siti Noorasyikin Athqa Mohammad Haryani, 22, yang menegur kumpulan itu kerana berbuat bising depan rumahnya.

“Kejadian itu menyebabkan saya cedera di lengan, dan mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.

“[Saya juga] terpaksa menerima rawatan susulan kerana bimbang sekiranya terdapat bengkak atau luka di bahagian peranakan,” katanya.

Kumpulan tujuh lelaki dan tiga remaja wanita itu berhimpun dekat lif depan rumah mangsa di tingkat 17 PPR Kota Damansara.

Beliau menegur mereka kira-kira jam 8.30 malam kelmarin kerana bayinya berusia sebulan menangis akibat kumpulan itu berbuat bising.

Ketika kejadian itu, suaminya tiada di rumah.

Laporan polis dibuat di balai polis Kota Damansara pada hari sama.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini