Baling bom molotov ke IPD, 4 suspek ditahan

0
328

Kuala Lumpur – Polis menahan 4 suspek dipercayai terlibat dalam kejadian membaling bom molotov ke ibu pejabat polis daerah di Sungai Petani, lapor The Star.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata 4 lelaki itu berusia antara 25 dan 41.

Mereka ditahan di dalam operasi hari ini di Taman Ria Jaya, Jalan Bakar Sampah dan Bandar Mutiara di Sungai Petani.

Salah seorang suspek, berusia 30 tahun, pernah disabitkan untuk perjudian dan menyebabkan kecederaan.

Mereka direman 4 hari untuk siasatan.

Sebotol bom molotov dibaling ke IPD itu pada jam 4.00 pagi semalam oleh 2 lelaki bermotorsikal. Tindakan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Tindakan itu dipercayai tanda amaran kepada polis selepas ahli kumpulan Geng 04 ditangkap di Bedong berhampiran Sungai Petani baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini