Alvin Chong kesal dikutuk kaum sendiri

0
188

Kuala Lumpur – Pelakon baru Alvin Chong kecewa dengan sikap segelintir peminat yang bermain sentimen perkauman terhadapnya.

Pelakon itu kesal kerana tuduhan tersebut datang dari kaumnya sendiri, hanya kerana beliau terlibat dalam lakonan drama Melayu, lapor mStar.

“Saya akui banyak menerima kata-kata berunsur perkauman sekalipun dari bangsa saya sendiri. Namun tidak semuanya begitu. Ada yang menyokong dan sangat positif. Pada saya, sebelum membuat sesuatu andaian, dekati mereka dulu.

Alvin, 26, kesal kerana penglibatannya dalam bidang lakonan itu dipertikai atas alasan “tidak boleh pergi jauh.”

Beliau yang selesa dan dilayan dengan baik sepanjang lapan tahun terlibat dalam industri itu, menyifatkan mereka sebagai “cetek pemikiran”.

Alvin antara pelakon yang “laku” dalam pasaran dunia seni Melayu seperti Keith Foo, Hans Isaac, Elizabeth Tan, Mark Adam dan Daler Yusof.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini