Pasukan Tindakan Khas JPJ digantung serta-merta kata sumber

1
41751

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di laporkan telah mengantung semua operasi Pasukan Tindakan Khas, (PTK) buat sementara waktu.

Menurut sumber jabatan tersebut ketika dihubungi MassaTV berkata, penggantungan yang berkuatkuasa serta-merta itu untuk membolehkan satu semakan dijalankan bagi memastikan keberkesanannya operasinya.

“Semua operasi yang diletakkan di bawah PTK sebelum ini telah dihentikan Isnin lalu, berkuatkuasa serta-merta.

“Malah semua pegawai dan anggota PTK telah diarahkan untuk kembali melaksanakan tugas-tugas hakiki mengikut arahan yang dikeluarkan Pengarah JPJ di peringkat negeri,” ujar sumber yang meminta agar identitinya dirahsiakan itu.

Sumber itu turut mendakwa pengantunggan operasi PTK itu mungkin berkait-rapat dengan kemelut dalaman yang sedang melanda jabatan tersebut.

“Saya di fahamkan JPJ ketika ini sedang berdepan dengan satu kemelut perebutan kuasa yang melibatkan antara pegawai atasan,” ujarnya ringkas.

MassaTV masih sedang cuba untuk menghubungi Ketua Pengarah JPJ bagi mendapatkan maklumbalas berhubung isu tersebut.

JPJ pada April tahun lalu memperkenalkan penubuhan PTK sebagai pasukan elitnya bagi membanteras kegiatan sindiket, tonto termasuk kereta klon.

Penubuhan pasukan tersebut dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika Majlis Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ke-70. – MassaTV

 

1 komen

  1. Itulah yang susahnya bila yang di atas tak paham fungsi pasukan elit, sebab masing2 nak dapat nama. Tiada keperluan bagi JPJ untuk menubuhkan pasukan elit semata2 kerana ingin bersaing dengan jabatan2 lain lagipun JPJ bukanlah jabatan penguatkuasa undang2 yang bertaraf pasukan keselamatan yang bertugas 24 jam sehari 7 hari seminggu. Ancaman dari tonto boleh ditangani oleh pegawai yang membawa senjata api (bagi tujuan mempertahankan diri), tidak perlu kepada pasukan elit.
    Malaysia sudah jadi negara badut, penguatkuasa yang tiada kuasa menangkap pun diberi kuasa menubuhkan pasukan elit.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini