27.5 C
Kuala Lumpur, MY
Saturday, December 16, 2017
Utama Dunia Myanmar Larang PBB Campur Tangan

Myanmar Larang PBB Campur Tangan

0
41

Myanmar menegaskan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meneliti tuduhan rogol, penyiksaan dan pembunuhan penduduk Islam Rohingya hanya akan `memburukkan’ masalah di barat Rakhine.

Myanmar enggan memberi visa kepada tiga pakar yang telah dilantik PBB pada Mei lalu untuk meneliti tuduhan penyiksaan yang dilakukan anggota tentera negara itu.

Pada minggu lalu, duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB, Nikki Haley menggesa Myanmar untuk menerima misi berkenaan yang diputuskan oleh resolusi Majlis Hak Asasi Manusia.

Penasihat Keselamatan Negara Myanmar, Thaung Tun memberitahu pegawai PBB, para diplomat termasuk duta Amerika Syarikat (AS), Scot Marciel bahawa negara itu tidak akan terlibat dengan keputusan yang dibuat itu kerana tidak kukuh.

“Kami beranggapan bahawa misi itu hanya akan memburukkan keadaan,” kata Thaung Tun.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini