Lelaki minta maaf, selepas kena ‘sekolah’ dengan menteri

1
6063

Kuala Lumpur – Menyedari akan kesilapan yang dilakukan, seorang lelaki segera menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Lelaki yang mengunakan pengenalan diri sebagai Real_Shindy itu menyatakan permohonan maaf di laman Twitternya selepas cuba menegur Mahdzir berhubung pengunaan tatabahasa.

“Minta maaf semua,” katanya ringkas sebelum memadamkan komen yang diberikan sebelum ini.

Terdahulu Real_Shandy berkata “bukan semasa ke semasa tapi masa ke semasa,” katanya bagi membetulkan kenyataan Mahdzir yang dirasakan tersilap.

Namun sebagai seorang yang mempunyai pengalaman yang luas sebagai guru, Mahdzir bagaimanapun tidak membidas kenyataan lelaki tersebut, sebaliknya beliau hanya memberikan pautan Dewan Bahasa dan Pustaka berhubung pengunaan tatabahasa yang betul.

Beliau turut menerima permohonan maaf lelaki tersebut sambil menjelaskan, “tiada masalah, kita semua belajar daripada kesilapan,” katanya.

Tinjuan MassaTV di ruangan komen mendapati rata-rata penguna media sosial memuji tindakan menteri itu sambil menyifatkan beliau sebagai seorang pendidik yang sejati.

Sebelum terpilih sebagai ahli parlimen Padang Terap, Mahdzir pernah bertugas sebagai pegawai pendidikan di Sabah sehingga dilantik menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah.

Beliau kemudian kembali ke Kedah pada 1993 untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Osman Aroff sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kesembilan pada 28 Disember 2005. – MassaTV

1 komen

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini