Selangor rasai gegaran gempa bumi di Sumatera

0
23

Kuala Lumpur – Gempa bumi sederhana, berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sumatera Utara hari ini, 248 kilometer (km) di barat daya Sabak Bernam, di Selangor, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa tersebut berlaku pada 9.24 pagi.

Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak membawa ancaman tsunami.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini