Polis silap tahan bawah ISA, Teresa Kok dibayar RM350,000

0
210

Putrajaya – Wakil rakyat DAP Teresa Kok menerima ganti rugi RM350,000 selepas kerajaan didapati tersalah menahannya pada 2008.

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan kerajaan mencabar keputusan membayar ganti rugi itu kepadanya, yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Permohonan ini ditolak. Undang-undang itu telah diselesaikan,” kata Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Beliau membaca keputusan sebulat suara tiga panel, dengan kos RM10,000.

Mahkamah hari ini mendengar permohonan kerajaan untuk memohon kebenaran merayu bagi keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai tahun lalu.

Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan saman Teresa dengan hujah pihak berkuasa tiada asas kuat menahannya.

Mahkamah tersebut memutuskan RM350,000 diberikan kepada ahli parlimen Seputeh selepas ditahan secara salah selama tujuh hari bawah akta itu, kini telah dimansuhkan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini