Pensyarah UIAM dikecam permain kalimah Allah, hina Nabi Muhamad

0
2405

Kuala Lumpur – Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Maszlee Malik dikecam hebat kerana di dakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempermainkan kalimah Allah dan menghina Nabi Muhammad SAW.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, Maszlee berkata Nabi Muhammad akan ‘meletakkan jawtaan’ sekiranya melihat umat di zaman ini yang penuh dengan kegilaan.

“Saya percaya (sekiranya) umat terdahulu, malah Nabi ataupun (golongan) wali hidup di zaman ini mereka (juga) akan meletakan jawatan.

“Norma-norma kini seolah-olah memaksa kita untuk bersetuju dengan pandangan yang kita anggap salah, kerana jika tidak, kita pula akan dipandang serong dan dipersalahkan,” katanya memetik laporan yang dikeluarkan portal tersebut.

Dia dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika bercakap di forum anjuran badan pemikir Kristian Kairos Dialogue Network, yang turut disertai Bishop Emeritus Hwa Yung di ibu negara Sabtu lalu.

Maszlee yang juga merupakan aktivis IKRAM dan Felo Kanan IDEAS kemudiannya mendakwa kenyataan tersebut diambil dari luar konteks sambil menegaskan laporan tersebut bertujuan untuk merosakkan imejnya.

“Mereka mengambil sekerat perkataan dan tidak melaporkan keseluruhan isi kandungan ceramah untuk tujuan character assassination.”

“Mereka juga TIDAK PERNAH menghubungi saya untuk penjelasan sepertimana kebiasaan media-media yang bermaruah dan berintegiriti lain,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Menurutnya kenyataan meletak jawatan itu merujuk kepada pekerjaan Nabi sebagai pengembala kambing dan berniaga dan bukan sebaliknya.

“Jika dilihat saya katakan “Prophets and Saints would give up their professions” dan bukannya “their Prophethood (kenabian) atau Sainthood (kewalian)”… kenabian merupakan pilihan Tuhan dan bukannya pekerjaan.

“Nabi-Nabi mempunyai professions (pekerjaan) seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi. Itu yang saya maksudkan,” ujarnya lagi.

Bagaimana salah seorang perserta forum tersebut berkata Maszlee bukan sekadar menghina Nabi Muhammad malah turut mempermainkan kalimah Allah.

“Maszlee Malik bukan sekadar beritahu Nabi akan letak jawatan, tapi dia juga mengolok-olok kalimah Allah, sebab dia kata kurang lebih (saya terjemahkan dalam bahasa Melayu),

“Sepertimana yang Tuhan, atau pun Allah, Oh,maafkan saya,saya sebut Allah,dalam gereja, sebelum dia ketawa dan disambut dengan gelak ketawa hadirin,” tegasnya pula.

Tinjauan MassaTV di laman Facebook mendapati majoriti pengguna Facebook menyelar kenyataan Maszlee itu sambil menegaskan kenyataan seeprti itu dilarang di dalam Islam.

“Beliau juga berkata, ianya sekadar berseloroh. Perlukan berseloroh guna nama nabi dihadapan panel2 bukan Islam yang mana majlis itu berada dalam gereja? Saya tidak boleh bertoleransi jika ada yg berseloroh disandarkan atas tubuh nabi (kerana) ia ditegah,” ujar Aznil Hisham.

“Jenis manusia tak bertamadun. Pengamal namimah. Orang bodoh kita kena layan sikit2 saja,” kata Shuhaib Ar Rumy.

“Kenapa takde tindakan tegas dari Kerajaan dalam bab membenteras penghinaan terhadap Nabi dan Agama Islam? Mereka2 yg menghina ne wajib sangat diambil tindakan,” soal Reno Firdaus pula.

Terdahulu Maszlee turut menyeru agar forum seperti itu diperbanyakkan dengan tokoh Islam seperti Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Badan hak asasi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) baru-baru ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan Kristian selepas ia menuduh evangelikalisme mengancam keharmonian agama di Malaysia.

Mengatakan gerakan evangelikalisme itu cenderung ke arah keterbukaan “tanpa kawalan”, kumpulan itu menggesa kerajaan menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang anti-evangelikalisme. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini