Lelaki cium, curi pakaian dalam wanita di kedai dobi di Shah Alam (Video)

0
808

Kuala Lumpur – Seorang lelaki ‘gila seks’ di dakwa mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita dalam satu kejadian di Shah Alam, pada Isnin.

Nur Izzati melalui catatan di Facebook berkata kejadian tersebut berlaku di salah sebuah permis kedai mencuci baju layan diri di Seksyen 9.

“Hari ini aku tergerak hari nak basuh baju kat dobi, sampai sahaja pakcik baju merah (lelaki dalam rakaman video) tu dah ada duduk kat kerusi sambil baca surat khabar (tapi) masa tu aku tak syak apa apa sebabnya aku fikirkan dia basuh baju je.

“Masa aku basuh baju ada jugaklah 2 (ke) 3 orang basuh baju sekali dengan aku, tapi aku duduk je kat mesin aku basuh tu, yang lain isi baju terus bla (namun) selang sejam aku perasan pakcik tu buka 1 per 1 mesin pengering selongkar ape ntah. sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan.

“Seriously pakcik ni gila taksub dngan pakaian dalam perempuan, aku tunggu dekat sejam walaupun baju aku dah siap awal, pakcik tu selongkar, cium bau pastu lipat simpan dalam satu beg. banyak dia ambik nak dekat 10 helai pakaian dlam perempuan,” katanya yang turut memuatnaik klip video pendek berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya lagi setelah diperiksa ternyata lelaki yang berusia sekitar 40 tahun itu telah mencuri beberapa helai pakaian dalam wanita.

“Aku tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepastu aku blaaaa. nasib aku perasan 1 keluarga ni punya baju kat dobi, aku cerita dari awal sampai akhir pastu aku tunjuk yang ada bukti rakaman video.

“Ada abang tu pergi sebab pakaian dalam bini dia (turut) kene ambik, (setelah diperiksa) memang betul dia ambik sbb dah check beg tu ada pakaian dalam bini dia.

“Gelabah beruk pakcik tu minta maaf, katanya dia nak (bayar) ganti rugi. so, untuk kaum perempuan mahupun keluarga yang basuh baju didobi. sila tunggu sehingga habis selesai basuh, takut takut ada lelaki yang gila seks sanggup geledah orang punya,” ujarnya pula.

Berdasarkan klip video berdurasi 36 saat yang dimuatnaik itu, terdapat beberapa helai pakaian dalam wanita yang ditemui di dalam beg lelaki tersebut.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada lelaki tersebut dilepaskan begitu sahaja atau dihantar ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Pihak MassaTV masih sedang mencuba untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Shah Alam untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan di ruangan komen mendapati rata-rata kaum wanita dinasijati agar sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang sama tersu berulang.

Sehingga kini catatan tersebut menerima 3 ribu ‘Like’ dengan 20,049 ‘Share’ daripada pengguna. – MassaTV

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini