Iraq isytihar ranapkan kubu ‘khalifah’ IS

0
20

Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi pada Isnin mengumumkan kejayaan menumpaskan IS di Mosul, kubu kuat kumpulan bersenjata itu.

Pengumuman itu muncul selepas tiga tahun IS merampas kota itu dan mengisytiharkannya sebagai kubu kuat “khalifah” untuk menguasai seluruh dunia.

“Dari sini saya umumkan penamatnya dan kegagalan dan keruntuhan negara palsu pengganas dan keganasan yang diumumkan pengganas IS daripada Mosul,” Haider dipetik sebagai berkata oleh Reuters.

Ucapan itu disiarkan di TV kerajaan.

Kejayaan itu diumumkan selepas pasukan 100,000 anggota termasuk sekutunya melancarkan serangan untuk menawan kembali bandar di utara Iraq itu sejak Oktober tahun lalu.

Serangan itu didukung oleh bantuan udara dan darat oleh Amerika Syarikat (AS).

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini