Tenggiri gelupur, kelopak mata nelayan tertusuk kail

0
75

Kota Bahru – Kelopak mata kiri seorang nelayan tertusuk mata kail ketika mengail ikan bersama tiga rakannya di laut.

Ibrahim Mat, 44, dikatakan hendak mengeluarkan mata kail dari mulut ikan tenggiri yang sedang menggelupur kira-kira jam 8 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Adik iparnya, Meryati Hamid, 35, berkata mata kail tercabut lalu tertusuk di kelopak mata bersama umpan tiruan lalu mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Pegawai bomba kanan II dari balai bomba dan penyelamat Kota Bharu berkata mereka dipanggil jam 11.28 pagi untuk memotong umpan tiruan itu.

“Kami mengambil masa hampir 20 minit untuk memotong umpan tiruan menggunakan pemotong khas,” kata Mohd Azlan Zainal.

Mangsa stabil walaupun menerima lapan jahitan manakala mata kail itu dikeluarkan menerusi pembedahan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini