Pulau Pinang buang makanan 700,000kg sehari

0
31

Kuala Lumpur – Rakyat Pulau Pinang didapati membuang makanan secara purata sebanyak 700,000 kilogram sehari.

Jumlah itu bersamaan dengan berat empat pesawat penumpang model 747 atau 700 kereta Proton Saga (model baru), lapor portal New Straits Times.

Exco alam sekitar Phee Boon Poh berkata jumlah itu kira-kira 40 peratus daripada purata 1,750 tan sisa pepejal yang dibuang di tapak pelupusan setiap hari.

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, sisa makanan penyumbang terbesar sampah pepejal dengan purata 3,000 tan setiap hari.

Kebanyakannya dipercayai daripada kedai makanan, hotel dan perniagaan katering.

Hidangan kenduri kahwin dan rumah terbuka juga dikenal pasti antara penyumbang terbesar pembaziran makanan, diikuti restoran.

Pembuangan lain termasuklah pusat beli-belah dan peniaga sayur yang membuang bahan mentah sayur, daging, dan buah-buahan.

Pemilik restoran nasi kandar Line Clear berkata setiap hari makanan terpaksa dibuang antara 5 hingga 10 kilogram.

“Kami perlu memasak banyak lauk setiap hari untuk memenuhi selera pelanggan. Perkara itu tidak boleh dielakkan kerana pelanggan menyukainya,” kata Sahubar Ali.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini