Isteri-isteri Nabi tidak berpuashati dan saling bertelingkah dakwa Asiah

5
16060

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Aktivis hak asasi wanita, Asiah Abd Jalil yang sebelum ini sering mempertikaikan poligami kembali mempertikaikan hukum tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terdapat Nabi Muhammad SAW.

Terbaharu Asiah melalui catatan di laman Facebook berkata, para isteri Nabi saling bertelagah sesama sendiri kerana tidak berpuas dengan layanan yang diberikan.

“Beberapa hari lepas, saya berbual dengan encik suami beberapa kisah tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW berurusan dengan isteri-isteri Baginda dalam rumahtangga berpoligami.

“Saya katakan pada encik suami, dari sudut pandang seorang wanita, ada tindakan Nabi terhadap isteri-isteri Baginda yang saya rasa pincang dan tidak wajar, kerana itulah terdapat kisah bagaimana isteri-isteri Baginda merasa tidak puas hati dan saling bertelingkah antara satu sama lain.

“Encik suami menjegilkan biji matanya pada saya, kata encik suami, Nabi bersifat maksum, maka tidak mungkin Nabi akan tersalah dalam sebarang perlakuan, percakapan, keputusan dan tindakan baginda,” ujarnya memetik kenyataan di catatan tersebut.

Asiah sebelum ini pernah menimbulkan polemik kerana lantang memperjuangkan hak-hak asasi wanita turut mendakwa sebagai manusia, Nabi tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Saya katakan pada encik suami, maksum itu bermaksud “terpelihara daripada dosa”, bukan “terpelihara daripada khilaf”. Nabi bukan malaikat, Nabi adalah manusia yang pasti akan berbuat salah.

“Cuma setiap kali Nabi salah, Allah SWT akan pandu baginda dengan wahyu dan ampunkan segala dosa baginda. Sebab itulah dikatakan Nabi terpelihara daripada dosa,” katanya lagi.

Dia seterusnya berkata benci dengan sikap segelintir lelaki yang sering berselindung atas nama Nabi untuk berpoligami.

“Ketahuilah, tindakan Nabi terhadap isteri-isteri baginda tidak semuanya indah di mata seorang wanita.

“Saya merasa jelik bila lelaki-lelaki berpoligami cuba berlindung di sebalik nama Nabi untuk mewajarkan tindakan begitu begini mereka terhadap isteri-isteri mereka. Sedarlah, Nabi itu dilindungi sifat maksum, tetapi tidak sekelian suami yang berpoligami,” ujarnya pula.

Sehingga kini catatan tersebut menerima 450 ‘like’ dan dikongsi 45¬† orang pengguna laman media sosial itu.

Asiah pada akhir tahun lalu pernah memuatnaik status berhubung masalah rumahtangga yang dihadapinya dan sedang menimbangkan untuk bercerai.

Mengikut rekod pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memburu adik lelakinya, Ali Abd Jalil yang melarikan diri ke luar negara kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu.

Sementara itu tinjauan yang dilakukan MassaTV di ruangan komen mendapati rata-rata menggesa pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri segera mengambil tindakan bagi mengelakkan masyarakat terpesong dengan kenyataan tersebut.

Walaupun ada yang membidas kenyataan berbaur hinaan tersebut, namun Asiah dilihat tetap dengan pendirianya.

Dia turut menolak sebarang hujah dan dalil yang diberikan, malah berterusan mengeluarkan komen-komen yang dilihat mengkritik Nabi Muhammad SAW. РMassaTV

5 KOMEN

  1. Nabi itu contoh terbaik yang Tuhan pilih utk ikutan manusia.Kalau nabi pun pincang seolah olah kita mengatakan Tuhan tak pandai pilih nabi laa.

  2. Dia seronok baca kitab dari ulamak Syiah…tetapi dia tak ambil kira bab Mu’taah. Ini bila ilmu setengah tiang, mengaji satu kitab inilah jadinya. Ikut sedap hati,je. ingatlah…Saidatuna Aisyah RA antara paling banyak meriwayatkan Hadis..Aisyah yang siapa pula..

  3. Dia seronok baca kitab dari ulamak Syiah…tetapi dia tak ambil kira bab Mu’taah. Ini bila ilmu setengah tiang, mengaji satu kitab inilah jadinya. Ikut sedap hati,je. ingatlah…Saidatuna Aisyah RA antara paling banyak meriwayatkan Hadis..Aisyah yang siapa pula.

  4. bila pula dia dpt khabar yg isteri2 nabi saling pertelingkah? ditanya apa dalil, hadis mana, surah apa?., tiada jwpan. dgn erti lain kerana tak suka poligami sanggup berdusta dan menfitnah nabi.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini