Usah kaitkan isu ‘bedah otot’ dengan agama kata Raja Ilya

0
1177

Kuala Lumpur – Pelakon Raja Ilya tertekan dengan tuduhan kononnya beliau tidak beragama apabila mahu membuat pembedahan otot.

Beliau berkata prosedur stimulasi otot elektrik (EMS) dapat menghasilkan otot yang sesuai dengan watak yang bakal dilakonkannya.

Katanya rawatan itu bukannya pembedahan plastik tetapi khas untuk otot kerana beliau tiada masa berlatih di gimnasium.

“Saya agak terkesan apabila ada netizen menganggap saya mengambil mudah soal agama hingga sanggup membuat perubahan diri. Malah, ada netizen yang mengaitkan agama dalam isu ini,” katanya.

Pembedahan itu adalah prosedur membuang ketulan atau ‘nodules’ yang dihadapinya sejak tahun lalu.

Raja Ilya kesal dituduh mengetepi agama kerana mahu menghidupkan watak filem aksi adiwira terbitan sebuah studio terkemuka Hollywood.

“Usah kaitkan isu ini dengan agama kalau tidak faham apa yang saya buat.

“Saya masih ada maruah dan harga diri. Bila orang salah faham, pelbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan,” katanya.

Beliau dijadual berlepas ke Amerika Syarikat Disember depan bagi menjalani penggambaran filem itu.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini