TMJ bidas ahli politik yang mewakili negara dalam acara polo

1
11746

Kuala Lumpur – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat seakan sedih dengan sikap dan mentaliti rakyat yang dikatakan mudah tertipu dengan apa yang dilihat.

Tunku Ismail sebentar tadi berkata masyarakat di negara ini lebih gemar menghakimi sesuatu perkara itu berdasarkan persepsi sehingga mereka mudah dimanipulasi sesetengah pihak.

“Sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

“Di mana yang berlakun dan individu yang hipokrit dipuji sebagai hero manakala yang pemberi sumbangan dan mereka yang berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap sebagai penjahat. Dimanipulasi oleh gambar-gambar yang mereka lihat,” katanya melalui cacatan di Facebook Johor Southern Tiger.

Melalui cacatan yang sama Tunku Ismail turut dilhat menyelar sikap ahli politik yang lebih gemar menjadi selebriti dan ahli sukan sehingga menyebabkan negara hilang identitinya.

“Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan. Di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara.

“Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan yang sebenar boleh menjadi seorang Jeneral. Sebuah negara di mana institusi perlahan-lahan kehilangan identitinya,” tegasnya pula.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata mendakwa kenyataan tersebut ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut rekod Khairy bakal menjadi menteri kerajaan pertama di rantau ini dan menteri belia dan sukan pertama di Malaysia sekiranya bertanding dalam Sukan SEA, bulan depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Jumaat, mengesahkan Khairy merupakan salah seorang daripada 871 atlet yang akan mewakili Malaysia pada temasya sukan itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

MOM mengesahkan pemilihan Khairy sebagai salah seorang daripada tujuh anggota bagi acara polo berpasukan.

Februari lalu Khairy dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigedier Jeneral di dalam Askar Wataniah (AW) sebelum dilantik sebagai Komander Rejimen 508 AW. – MassaTV

 

1 komen

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini