Pakatan pindah pengundi, sasar rampas Johor kata Zahid

0
72

Jelebu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat usaha memindahkan pengundi yang sedang dilakukan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pendaftaran Negara, beliau mengesan terdapat gerakan memindahkan pengundi sedang dilakukan ke negeri itu.

“Mereka (pembangkang) tumpu perhatian kepada Johor, mereka mahu rampas (Johor). PRU13 mereka sasar Negeri Sembilan (dan) jelas Negeri Sembilan bukan sahaja dapat pertahankan kerusi sedia ada tapi dapat menambah kerusi.

“Untuk Johor saya yakin bahawa walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang, dan mereka telah mengenal pasti beberapa kerusi Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) (untuk ditandingi), saya yakin Johor tetap jadi ‘fixed deposit’ Umno dan BN,” katanya.

Ahmad Zahid, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Kuala Klawang di sini.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini